11 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah

12 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah - Berikut ini saya akan posting tentang bagaimana mengajarkan anak kita sholat denga mudah dan juga tanpa paksaan. Belajar Sholat dari kecil itu sangat penting bagi keluarga kita. Karena kewajiban orang tua juga harus mendidik anaknya menjadi anak yang sholeh dan sholikah. Kadang kita sibuk dengan pekerjaan kita, sehingga kita lupa akan ajakan kita terhadap anak untuk mengerjakan sholat. Jangan beranggapan bahwa anak masih terlalu kecil, terlalu polos untuk diajarkan sholat. Karena Anak-anak selayaknya sudah boleh diajar seawal umur dua atau tiga tahun. Kuncinya jika seorang anak sudah mengetahui dan dapat membedakan tangan kanan dan kirinya, maka perintahkanlah dia untuk mengerjakan solat [Riwayat ath-Thabarani].

Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Jangan dilihat tingkat sukarnya, semakin sukar sesuatu amanah, semakin besar amalnya juga.

tips mengajarkan anak sholat dengan mudah

Mendidik anak kecil solat bukanlah satu proses yang sukar, jika kaedah kita betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat dengan anda.

Berikut ini ada beberapa tips mudah tapi berkesan untuk mengajar anak kecil solat tanpa perlu paksaan.

1. Selalu Solat Depan Anak

Ibu bapak adalah model terbaik dalam apa-apa jua perkara pada mata anak-anak. Mereka akan menyerap dan meniru secara tidak langsung setiap apa yang lakukan ibu bapa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan ini dalam mengajar anak kecil solat. Solatlah di tempat yang sentiasa dapat dilihat oleh anak. Contohnya ruang tamu. Anak-anak kecil akan meniru gaya kita solat. Itu adalah petanda yang bagus kerana mereka sudah berminat dan rasa ingin tahu tentang solat.


2. Ajak Anak Solat, Jangan di Suruh..

"Acann , mari solat Nak…”
"Acann, sana pergi solat!”

Anda perlu mengajak anak anda solat berjemaah bersama-sama anda, bukan menyuruhnya bersolat sendirian. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat. Walaupun anak baru berusia 2-3 tahun, ajak mereka supaya solat disebelah kita. Pada waktu ini, bakat meniru mereka sangat hebat. Lakukan secara konsisten setiap masa untuk mengajak anak pada awal waktu. Dengan cara ini kita menanamkan mindset supaya mereka bersedia setiap kali masuk waktu solat. Jika anak-anak sudah bersekolah, ajak anak solat subuh bersama sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

3. Minta Anak yang Iqamah

Setiap kali solat berjamaah, minta anak untuk melaungkan iqamah. Mungkin mereka malu atau tidak tahu pada mulanya, tetapi bimbinglah mereka untuk melaungkan iqamah dengan betul. InsyaaAllah, ini bukan sahaja mengajar mereka untuk berasa yakin, malah akan membuatkan mereka timbul rasa tanggungjawab setiap kali solat. Jika anda ada lebih dari seorang anak lelaki, anda boleh gilirkan tugas untuk melaungkan iqamah.

4. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas

Kuatkan bacaan dalam solat supaya anak kita boleh dengar. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak ingat surah-surah lazim yang sering kita bacakan. Anak juga akan memahami bagaimana sebenarnya tertib (langkah-langkah) dalam solat dilakukan.

5. Bersalaman dan Peluk Lepas Solat

Penting untuk kita bersalaman dengan anak-anak setelah selesai solat setiap kali. Bersalam yang diikuti dengan pelukan dan ciuman bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat memberi persepsi positif kepada anak bahawa solat ini sebenarnya salah satu aktiviti untuk berkasih sayang. InsyaaAllah ia akan membuatkan anak rasa gembira dan sentiasa menunggu waktu solat.

6. Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif

Jika anak menunjukkan kelakuan yang baik seperti tekun dan tidak bermain-main masa solat, berikan mereka pujian. Juga berikan pujian yang sewajarnya jika mereka menunjukkan persediaan untuk solat seperti memakai telekung, memakai kopiah, menghamparkan sejadah dan sebagainya. Beritahu mereka cantik memakai telekung / kopiah dan anda bangga mendapat anak yang soleh seperti mereka. Dengan cara ini mereka akan rasa gembira dan semakin tekun untuk solat.

7. Ajar Wudhu Langkah-Demi-Langkah

Sebenarnya, cara mendidik anak kecil solat adalah bermula dari wudhu. Jika wuduk sempurna, insyaaAllah solat juga akan sempurna. Ajarkan anak mengambil wuduk yang sempurna. Bimbing dia secara langkah demi langkah. Tampalkan poster wudhu bergambar dalam bilik mereka. Bersabarlah, mungkin perkara ini mengambil masa untuk dilakukan dengan sempurna oleh anak. Perhatikan juga setiap kali dia mengambil wuduk dan tegur secara terus jika dia melakukan kesilapan. Dengan cara ini, setiap teguran akan kekal dalam kepala mereka. Jangan serahkan perkara ini kepada guru agama semata-mata.

8. Tazkirah Santai Selepas Solat

Ambil sedikit masa selepas solat untuk memberi tazkirah kepada anak-anak. Tidak perlu terlalu formal. Cukup dengan gaya bersahaja dan menyentuh perkara-perkara asas seperti rukun solat, soal jawab bacaan surah lazim, kisah nabi-nabi dan isu-isu semasa. Pada waktu ini, jiwa anak-anak adalah lebih tenang. Oleh itu ia adalah waktu terbaik untuk memberi pengajaran kerana mereka akan lebih mudah untuk menyerap.

9. Sentiasa Dekatkan Anak Dengan Azan

Ajarkan anak untuk menghormati azan. Apabila terdengar azan dilaungkan, berhenti bercakap dan beritahu anak supaya diam. Sebutkan cara menjawab azan dengan jelas supaya anak juga boleh dengar. Selepas itu, baca bersama-sama dengan anak doa selepas azan. Sentiasa praktikkan ini tidak kira dimana jua sama ada di luar rumah atau di dalam kereta. Amalkan setiap kali mendengar azan.

Ini dapat memberi contoh kepada anak bagaimana untuk menghormati azan, dan secara tidak langsung mengajarkan anak membaca sendiri doa selepas azan. Jika berkesempatan, ceritakan kepada anak apa tujuan azan dan siapakah orang pertama yang melaungkan azan.

10. Bawa Anak Ke Masjid

Adalah satu rahmat yang besar jika rumah anda berdekatan dengan masjid. Bawa anak anda ke masjid untuk solat berjamaah bersama-sama. Ini bertujuan mendedahkan mereka dengan suasana solat berjamaah dan menanamkan semangat cintakan masjid. Jika anda sibuk, usahakan untuk mencari ruang masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghadiri masjid bersama anak-anak. Mungkin anak-anak akan bermain-main dan bising, tetapi salah satu kaedah mengawal anak adalah mengajak mereka solat disebelah.

Mungkin anda tidak dapat solat di saf hadapan, tetapi ada dapat mengawal tingkahlaku anak-anak agar tidak mengganggu jamaah lain. InsyaAllah anak juga akan lebih tekun dan tidak mudah terganggu dengan kawan-kawan lain.

11. Belikan Telekung atau Kopiah yang Cantik

Salah satu cara untuk meningkatkan mood anak adalah membelikan mereka kelengkapan solat seperti sejadah, telekung dan kopiah. Dengan peralatan lengkap tentunya anak akan bersemangat mengerjakan sholat. Jangan lupa beri pujian terhadap anak anda.

Semoga dengan beberapa tips ini, anak anda akan mengerjakan sholat tanpa terpaksa. amieeenn

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "11 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah"

Posting Komentar